Friday, February 26, 2010





Jawapan :

2003
S1 = B
S2 = D
S3 = D

2004
S1 = D
S2 = A
S3 = A
S4 = D
S6 = B
S7 = D
S8 = C

Thursday, February 25, 2010

Saturday, February 20, 2010

STRUKTUR EKONOMI MALAYSIA

SPM 1993

1. Antara berikut, manakah kesan mungkin sekali berlaku jika negara masih bergantung kepada sektor utama?

A. Pertumbuhan ekonomi yang seimbang di semua sektor

B. Pembangunan sosio ekonomi yang seimbang di seluruh negara

C. Ketidakstabilan ekonomi negara akibat turun naik harga komoditi

D. Ketidakstabilan ekonomi negara akibat pergantungan kepada barang-barang import


2. Pergantungan ekonomi Malaysia kepada eksport getah dan bijih timah pada tahun 1960an telah menimbulkan pelbagai masalah. Masalah yang dimaksudkan adalah seperti berikut kecuali

A. daya pengeluaran yang rendah

B. kadar pengangguran yang rendah

C. peluang pekerjaan yang terbatas

D. ketidakstabilan pendapatan negara


3. Apakah kesan segera ke atas ekonomi jika kerajaan terus melaksanakan projek pembinaan hospital dan klinik di luar bandar dalam keadaan ekonomi sedang mengalami inflasi?

A. kadar inflasi negara dapat dikurangkan

B. kadar pengangguran di luar bandar meningkat

C. perbelanjaan kesihatan penduduk desa tidak berubah

D. harga barang keperluan terus meningkat


4. Antara berikut manakah bukan komponen perbelanjaan mengurus kerajaan?

A. Bayaran khidmat hutang

B. Bayaran gaji dan elaun kakitangan

C. Perbelanjaan membina sekolah dan hospital

D. Perbelanjaan menyelenggarakan jalan raya


SPM 1994

5. Pernyataan berikut menerangkan mengapa sektor utama menjadi kurang penting kepada ekonomi negara sejak tahun 1960 kecuali

A. harga komoditi sektor utama turun naik dengan mudah

B. pertumbuhan ekonomi yang seimbang dalam semua sektor

C. negara terlalu banyak mengimport barangan keperluan pengguna

D. kebanyakan eksport negara terdiri daripada keluaran sektor utama


SPM 1995

6. Pergantungan kepada sektor utama menyebabkan ekonomi negara terdedah kepada turun naik harga di pasaran dunia. Mengapakah wujud keadaan sedemikian?

A. Penawaran komoditi tidak anjal

B. Permintaan komoditi anjal

C. Perbelanjaan membina sekolah dan hospital

D. Permintaan dan penawaran komoditi tidak anjal