Monday, January 25, 2010

Soalan 1

"Harga sebuah laptop jenama Accer ialah RM1,599.00. Jika ianya dijual secara insurans bayaran deposit yang perlu dibayar ialah RM300.00, dan bayaran bulanan sebanyak RM98.00

Apakah fungsi wang berdasarkan maklumat dalam rajah di atas?

A Pengukur nilai dan bayaran tertunda

B Penyimpan nilai dan bayaran tertunda

C Pengukur nilai dan perantaraan pertukaran

D Penyimpan nilai dan perantaraan pertukaran


J : A

Soalan 2

Bank Negara Malaysia mengeluarkan wang syiling bernilai RM1.00 yang diperbuat daripada logam.

Apakah nilai muka syiling jika dibandingkan dengan nilai logam tersebut?

A Setara

B Lebih tinggi

C Lebih rendah

D Berubah-ubah


J : C


Soalan 3


Antara berikut, pernyataan yang manakah menunjukkan keupayaan bank pusat mengawal bekalan wang

negara?

I Berhak mengeluarkan mata wang negara

II Berkuasa mentadbir hutang negara

III Berhak mengubah nisbah rizab tunai dan rizab berkanun bank perdagangan

IV Berhak mengarahkan setiap jabatan kerajaan membuka akaun dengan bank pusat

A I dan II

B I dan III

C II dan IV

D III dan IV


J : B - Mencetak wang terlalu banyak menyebabkan inflasi dan menurunkan kedua-dua rizab itu juga menyebabkan bekalan bertambah dan boleh menimbulkan masalah inflasi.


Soalan 4


Cik Mazafira ingin melancong ke luar negara dan bercadang menggunakan cek kembara. Di manakah

Cik Mazafira boleh mendapatkan cek tersebut?

A Bank Pertanian Malaysia Berhad

B Bank Bumiputera Malaysia Berhad

C Bank Pembangunan Malaysia Berhad

D Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad


J : B - sebab bank perdagangan


Soalan 5


Antara perkhidmatan Bank Islam ialah membeli harta dan menyewakannya kepada pelanggan sebelum

urusan tukar milik dilakukan.

Apakah prinsip yang digunakan oleh bank tersebut?

A Al Mudharabah

B Al Takjiri

C Al Wadiah

D Al Bai Bithaman Ajil